Penentuan arah kiblat

INFO: Cara mengukur arah kiblat

Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun.

Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata.

Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang.

Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari.

Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.

Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat

SUDAH semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.

Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.

Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dengan kepesatan teknologi, perkara sebegini tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.

Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.
Che Alias menunjukkan cara untuk mencari kiblat dengan menggunakan Ushikata.

Katanya, dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.

“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan.



“Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.

“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata falak ialah disiplin ilmu astronomi Islam yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu falak takwim membabitkan pengiraan hari, bulan bagi menentukan puasa dan hari raya.

“Kedua ialah falak waktu solat iaitu menentukan masuknya waktu solat berdasarkan kedudukan matahari dan ketiga, yang paling besar dan penting falak penentuan arah kiblat.

“Arah kiblat diukur menggunakan kompas Ushikata atau Teodolite. Caranya tidak banyak berbeza tetapi penggunaan Teodolite lebih tepat kerana kadang-kadang bacaan kompas dipengaruhi unsur lain seperti besi dan sebagainya,” katanya.

Zamihan berkata, cara tradisi masih boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat dengan berpandukan arah matahari yang membabitkan dua hitungan.

“Pertama, berdasarkan kedudukan matahari di atas Kaabah yang berlaku pada Mei dan Julai setiap tahun. Seluruh dunia boleh menyemak kedudukan kiblat berdasarkan fenomena itu.

“Cara kedua ialah dengan menghitung waktu matahari setiap hari. Kaedah kedua banyak risiko kerana kedudukan matahari berubah setiap hari terutama di kalangan mereka yang tidak mahir dalam ilmu falak. Cuma pakar falak yang dapat berbuat demikian kerana ia membabitkan kaedah separa hitungan,” katanya.

Beliau berkata, masalah yang timbul sekarang ialah umat Islam tidak menguasai ilmu falak sepenuhnya dan pada masa sama masih tidak terlatih menggunakan teknologi moden.

“Justeru, ILIM berperanan melatih pegawai Islam untuk menggunakan alat ukur ini dengan mahir dan menjemput pakar dari universiti tempatan bagi tujuan itu,” katanya.

Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati.

Rujuk Jabatan Mufti untuk panduan

SELANGOR mendahului negeri lain dalam memastikan setiap bangunan mengandungi surau atau ruang solat yang bakal didirikan mempunyai arah kiblat betul menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kontraktor.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor, Rizal Ramli, berkata pihaknya mengambil tindakan pencegahan dengan mencadangkan kepada PBT di seluruh negeri supaya meletakkan syarat tambahan kepada sebarang pelan pembangunan dirujuk terlebih dulu kepada jabatan mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat sebelum kerja pembinaan dijalankan.

“Langkah ini bertujuan mencegah kesilapan dalam menentukan arah kiblat. Dalam hal ini, PBT akan merujuk kepada Jabatan Mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat. Kita tidak mewajibkan pembinaan bangunan menghadap kiblat, memadai surau atau ruang solat mempunyai arah kiblat yang betul.

“Ia meliputi bangunan perumahan, pejabat, kilang, kompleks beli belah, stesen minyak, hotel, hospital dan pelbagai lagi. Namun bangunan masjid dan surau keseluruhannya perlu menghadap kiblat,” katanya.

Beliau menegaskan langkah itu mendapat sambutan baik dan kontraktor sendiri yang memahami keperluan itu, malah ada kontraktor yang mengunjungi pejabat mufti dengan membawa pelan bangunan untuk dirujuk bagi mendapatkan arah kiblat yang tepat.

Rizal berkata, Selangor juga mengambil inisiatif membuat ketetapan supaya semua tanah perkuburan di seluruh negeri mempunyai replika tanda arah kiblat bagi memudahkan urusan penggalian kubur.

“Dengan adanya replika itu, ia memudahkan kerja penggali kubur dan memastikan tidak timbul lagi sebarang kekeliruan mengenai arah kiblat.

“Bagi memudahkan orang ramai, jabatan mufti melancarkan permohonan menentukan arah kiblat secara online yang boleh didapati di laman web www.muftiselangor.gov.my. Maklum balas yang diterima amat menggalakkan dan sehingga September lalu, 45 permohonan diterima.

“Khidmat diberikan secara percuma dan ia dilakukan dalam tempoh tidak lebih 12 hari dari tarikh permohonan diterima. Ia bertujuan memberikan kemudahan kepada orang ramai,” katanya sambil setakat ini tiada aduan diterima mengenai arah kiblat salah di Selangor.

Beliau berkata, pihaknya selalu menerima permohonan daripada ahli jawatankuasa masjid dan surau yang meminta mereka menyemak semula arah kiblat dan selepas mendapatkan arah yang tepat, jemaah akan mengikut arah baru dengan sekadar mengubah permaidani atau sejadah.

Oleh Hazirah Che Sab
Berita Harian
Read More..

ILMU PENGETAHUAN ADALAH MILIK-MU

“Kalau sekiranya air di lautan dijadikan tinta untuk menuliskan kalimah-kalimah Allah, nescaya akan kering seluruh lautan sebelum habis kalimahkalimah Allah itu dituliskan sekalipun di tambah lagi tinta sebagai air seluruh lautan itu pula.”
Surah al-Kahfi : ayat 109




Alhamdulillahi Rabbilalamin,

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami bersyukur ke hadrat Mu yang telah mencipta diri kami dari segumpal darah. Engkau Tuhan Yang Maha Pemurah, yang memiliki ilmu pengetahuan. Engkau wahai Tuhan yang mengajar kami sesuatu yang tidak diketahui dengan perantaraan membaca serta menulis. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.

Subhanallah!

Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang telah melanjutkan usia kami menjadi remaja yang berilmu, beriman dan berbakti. Sesungguhnya zaman remaja banyak pancaroba. Apa lagi dalam menghadapi kehidupan di zaman pembangunan dan kemajuan. Kehidupan dunia global menyebabkan banyak perubahan dan pergolakan yang hebat dan mencabar. Perubahan dan pergolakan yang mencabar itu hanya dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan ilmu dan kemahiran yang kita miliki. Justeru itu ia menuntut supaya kami mengamalkan budaya ilmu untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Kami masih ingat lagi bahawa pengiktirafan dan jaminanMu di dalam al-Quran terhadap kedudukan yang tinggi keatas orang yang berilmu pengetahuan adalah ternyata tepat dan benar.
Dalam firman Mu Engkau menjelaskan bahawa Engkau akan mengangkat darjat orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu pengetahuan dengan beberapa kelebihan, sama ada semasa mereka hidup di dunia dan di akhirat. Ketika kami meneliti dalam suatu firman Mu yang lain, Engkau menjelaskan pula tentang perbandingan orang yang berilmu pengetahuan adalah berbeza dengan orang yang tidak berilmu. Buktinya jelas ternyata orang berilmu, kehidupannya lebih baik daripada orang yang tidak berilmu. Apa lagi dalam menghadapi kehidupan di zaman yang penuh cabaran dan pergolakan. Tanpa ilmu, nescaya kami akan tenggelam lemas dalam gelora arus lautan dan badai yang mengganas.

Wahai Tuhan!

Tambahkanlah ilmu pengetahuan Mu kepada kami supaya kami dapat mengamal dan manfaatkannya dalam kehidupan ini. Semoga keberkatan ilmu pengetahuan yang Engkau anugerah itu dapat memandu kami ke jalan yang benar, di samping dapat kami mengajar, mendidik dan membimbing anak-anak kami. Sesungguhnya ilmu pengetahuan itu adalah milik Mu. Berbahagialah orang yang berjaya memperolehi ilmu, kerana ia dipilih oleh Mu untuk menerima pertunjuk dan kurniaan dari Mu kepada sesiapa yang dikehendaki. Hanya dengan ilmu sahaja kami dapat memartabatkan diri, keluarga, ummah dan negara. Sungguh malang sekali kerana ada sesetengah di kalangan pelajar yang meremehkan ilmu dan tidak ada usaha untuk mempelajari bagi meningkatkan ilmu, sebaliknya mereka lebih mementingkan kesenangan dan kemewahan. Hidup mereka untuk mengejar kebendaan. Sikap dan gelagat sebilangan kecil pelajar dan anak muda hari ini tidak menyanjung ilmuwan amat membimbangkan. Bagi mereka yang bersikap demikian, ilmu merupakan ‘barang’ yang telah hilang daripada kehidupan mereka. Kalau begini sikap dan bentuknya para pelajar dan remaja, tunggulah, pada suatu masa nanti umat Islam akan hilang kekuatan, hilang kemuliaan, menjadi hamba dan melarat di tanah air sendiri, tenaga mereka akan diperas, kuasa mereka akan ditindas, mereka hidup dalam kehinaan dan kepapaan. Semua ini kerana mereka jahil dalam melaksanakan kewajipan diri mereka terhadap Islam. Biarpun banyak ilmu yang kami perolehi, namun keberkatannya tidak akan diperolehi jika sekiranya kami tidak beramal dengannya. Apa lagi jika kami menyalahgunakan ilmu tersebut untuk menipu dan mengkhianati orang lain. Akhirnya ilmu tersebut akan menghilangkan diri dan memudaratkan tuannya .

Wahai Tuhan, Ampunilah segala dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami yang telah banyak berjasa kepada kami. Mereka mengajar ilmu pengetahuan kepada kami. Mereka telah mendidik kami sehingga kami dapat mengetahui dan mengenal siapa diri kami. Mereka meneruskan tugas rasul Mu, menyampaikan amanat yang telah mereka perolehi daripada al-Quran dan sunah rasul Mu. Kini kami menyedari mengapa kami dilahirkan? Apakah peranan kami sebagai hamba Mu dan ke manakah matlamat kehidupan kami? Lantaran itu kami berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan semata-mata untuk mengejar keredaan Mu ya Allah! Tanpa didikan daripada mereka siapalah kami. Sesungguhnya jasa mereka sangat besar.

Petikan daripada

Risalah Dakwah : Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah
Terbitan:
Bahagian Dakwah dan Kepimpinan,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM
Read More..

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Muat Turun Lagu BAHASA JIWA BANGSA
Read More..

Panduan Bina Blog


Panduan Bina Blog - Langkah demi langkah.

Bahan ini dibina oleh PKG Kampar.

Panduan Bina Blog


Read More..

Ziarah Madinah

MADINAH Al-Munawwarah merupakan kota suci kedua Islam selepas Makkah Al-Mukarramah. Terletak di sebelah utara kota Makkah. Ia berada di atas ketinggian 625 meter dari paras laut. Batas Tanah suci Madinah adalah di antara Jabal 'Iyr di sebelah selatan dan Jabal Thawr di sebelah utara. Jaraknya lebih kurang 16 kilometer. Di sebelah timur dan barat disempadani dengan dua batuan hitam dipanggil Harrah Syarqiah dan Harrah Gharbiyah

Sejarah Madinah

Kota Madinah pada asalnya dikenali dengan nama Kota Yathrib sempena orang yang membuka kota ini iatu Yathrib ibnu Ubayl Ibnu 'Iwadh berketurunan dari Nabi Nuh a.s. melalui anaknya Sam ibnu Nuh. Selepas itu 'Amalek Bani Imlak telah membuka penempatan dan ladang.

Dari sebuah penempatan kecil, Yathrib berkembang menjadi sebuah kota dan didiami oleh dua bangsa utama iaitu Yahudi dan Arab. Bangsa Yahudi terdiri dari tiga puak utama Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Mereka menguasai ekonomi kota Yathrib ini.

Sementara itu, bangsa Arab pula terdiri dari suku Aus dan Khazraj. Mereka selalu bertelagah sesama sendiri sehingga kedatangan hamba Allah yang Mulia ke kota mereka.

Hijrah Rasulullah SAW

Ketika Rasulullah sampai di Quba' sebuah tempat di selatan Madinah baginda berhenti di rumah Kalthum Ibnu Hidam dan baginda membangunkan Masjid di sana.

Masjid ini kemudiannya diberi nama Masjid Qubba' dan ia merupakan masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah SAW.

Setelah Rasulullah berkampung di sana selama tiga hari, baginda kemudiannya bertolak ke Madinah. Kebetulan hijrah baginda SAW itu pada hari Jumaat. Apabila masuk waktu zuhur Rasulullah solat di suatu tempat dan terbinanya masjid yang dikenali sebagai Masjid Jumuah.

Apabila Rasulullah tiba di Kota Madinah dengan menunggang untanya, orang ramai berebut-rebut memegang tali untanya. Namun baginda dengan penuh adab sopan dan diplomasi meminta mereka membiarkan unta tunggangannya bergerak bebas dan memilih tempat perhentiannya sendiri.

Baginda telah berhenti di atas sebidang tanah tempat mengeringkan buah tamar yang dimiliki oleh dua orang anak yatim peliharaan As'ad ibnu Zurarah. Anak yatim itu bernama Sahlun Ibnu Amru dan Suhaiyl ibnu Amru.

As'ad ibnu Zurarah telah memberikan tanah tersebut sebagai hibah (hadiah) kepada Rasulullah SAW tetapi baginda menolaknya. Baginda membeli tanah tersebut dengan harga 10 dinar dan dibayar oleh Abu Bakar al-Siddiq.

Rasulullah kemudiannya menjadi tetamu Abu Ayyub Khalid ibnu Zayd al-Ansari. Rumahnya terletak betul-betul di hadapan tanah tersebut. Hampir setahun Rasulullah menetap di sana.

Masjid Nabawi

Pembinaan Masjid Nabawi bermula pada hari kedua ketibaan Rasulullah SAW di kota Madinah. Pada asalnya terdapat pohon tamar dan pohon-pohon qharqad yang berduri dan perkuburan bukan orang Islam di tanah tersebut.

Setelah kawasan tersebut dibersihkan dan perkuburan lama dipindahkan, baginda SAW bersama sahabat-sahabat baginda memulakan pembinaan masjid meliputi kawasan seluas kira-kira 850.5 meter persegi dan 2.9 meter tinggi.

Dindingnya adalah dari campuran batu dan tanah. Tiangnya dari batang-batang tamar dan atapnya dari pelepah tamar manakala lantainya dari tanah liat.

Ia juga tidak mempunyai mihrab dan mimbar pada permulaan pembinaannya.

Ziarah Madinah

Ziarah Madinah boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama ziarah dalam dan kedua ziarah luar.

Ziarah Dalam

Kebiasaannya jemaah haji yang tiba di Madinah akan bermukim di sana lebih kurang lapan hari. Pada pagi hari pertama jemaah haji tiba, mereka akan dibawa ziarah dalam.

Jemaah haji akan ditunjukkan Babus (pintu) Salam. Bagi Jemaah lelaki mereka akan masuk melalui Babus Salam kemudian terus ke ruang solat untuk solat tahiyatul masjid. Setelah solat jemaah haji akan ditunjukkan rawdah iaitu kawasan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW: "Taman di antara taman-taman syurga".

Jika berkesempatan jemaah akan dapat masuk untuk solat dan berdoa di dalamnya. Jika terlalu ramai jemaah haji hendaklah terus menuju Babul Baqi'.

Selepas melalui mihrab, di sebelah kiri terdapat ruang yang telah dikepung dengan dinding dan jaring besi yang berukir. Di tengah-tengahnya terdapat tiga lubang yang besar sekali seakan-akan permukaan hajar aswad. Setentang dengan tempat inilah Rasulullah dimakamkan.

Di sebelah baginda kemudiannya kubur Saidina Abu Bakar dan diikuti Saidina Umar. Setelah memberi salam dan membaca doa jemaah haji hendaklah terus keluar ke Babul Baqi'.

Di luar masjid, setentang dengan Babul Baqi' terletak perkuburan bagi'. Jika berkesempatan jemaah haji lelaki bolehlah menziarahi perkuburan ini. Perkuburan Baqi' biasanya dibuka di antara selepas subuh sehingga jam 8.30 pagi dan selepas asar sahaja.

Bagi jemaah haji wanita mereka akan dibawa ke hadapan Babus Salam sahaja. Kemudian mereka akan dibawa di hadapan Masjid Nabawi. Di sana jemaah haji wanita akan ditunjukkan Qubbatul Khadra' (kubah hijau). Di bawah kubah hijau itulah Rasulullah SAW bersemadi.

Jemaah wanita hanya memberi salam kepada Rasulullah dan dua orang sahabatnya dari kawasan berkenaan kemudian mengadap kiblat untuk membaca doa.

Jemaah haji wanita kemudian ditunjukkan perkuburan Baqi' dari luar. Setelah membaca doa untuk ahlul Baqi' mereka kemudiannya memasuki masjid melalui Babul Ali atau pintu bernombor 29.

Sebelum ke rawdah jemaah haji terpaksa menunggu giliran untuk memasuki kawasan rawdah secara kumpulan. Kebiasaannya jemaah haji wanita dibenarkan masuk ke kawasan rawdah mengikut kumpulan benua.

Ziarah luar

Pada pagi keesokannya jemaah haji akan dibawa ziarah luar. Jemaah haji akan dibawa melawat kawasan yang bersejarah.

Masjid Quba'

Masjid Quba' terletak di perkampungan Bani Amru ibnu Auf iaitu kira-kira tiga kilometer (km) ke selatan dari Kota Madinah.

Rasulullah tiba di Quba' pada hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M. Masjid in dibina di atas sebidang tanah tempat pengeringan tamar milik Kulthum ibnu Hadam.

Ia dinamakan Masjid Quba' sempena nama sebuah perigi yang berada di tempat tersebut. Setelah selesai pembinaan masjid Rasulullah bersama sahabat solat berjemaah secara terbuka berkiblatkan Baitul Maqdis.

Masjid ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Allah SWT merakamkan di dalam surah al-Taubah ayat 108 tentang kelebihan bersolat di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya...

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang keluar dari rumahnya kemudian sampai di Masjid Quba' dan bersembahyang di dalamnya baginya ganjaran pahala seperti menunaikan umrah". (riwayat Nasa'iy dan ibn Majah).

Oleh MOHD. RAZALI ZAKARIA
Sumber : Utusan Malaysia
Read More..

Gempa: 200,000 rumah rosak

PADANG 6 Okt. - Antara 170,000 hingga 200,000 buah rumah rosak akibat gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada Rabu lalu, kira-kira separuh daripadanya dianggap musnah sama sekali.

Berdasarkan anggaran lima orang bagi setiap isi rumah, kehidupan sehingga sejuta penduduk terjejas secara langsung disebabkan kerosakan kepada rumah mereka, menurut seorang pegawai Palang Merah hari ini.

"Kami menganggarkan kira-kira 170,000-200,000 buah rumah rosak, 90,000 daripadanya rosak begitu teruk sehingga tidak boleh didiami lagi," kata ketua Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di Indonesia, Bob McKerrow.



Mengenai angka kematian, beliau menjangka jumlah korban meningkat kepada lebih 3,000 orang.

Laman web Agensi Pengurusan Bencana Indonesia hari ini menunjukkan angka kematian terbaru ialah 704 orang manakala 295 lagi masih hilang.

Menurut laman web itu, sebanyak 101,653 rumah musnah, 48,967 rumah mengalami kerosakan sederhana dan 49,026 rumah lagi mengalami kerosakan ringan.

McKerrow berkata, mengikut pengalamannya, banyak kerajaan memberikan anggaran angka kematian yang lebih rendah daripada bilangan sebenar kerana khuatir imej mereka akan terjejas.

"Sama ada Pakistan atau Gujarat (di India), kita melihat kerajaan keberatan untuk menyatakan angka korban. Mereka tidak suka mendedahkan kematian penduduk," katanya.

Sementara itu di WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) menghantar pesawat dan kapal tentera lautnya ke Indonesia dalam satu operasi bernilai berjuta-juta dolar bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di sana.

Jurucakap jabatan Negara AS, Ian Kelly semalam berkata, kira-kira 45 tan metrik bantuan berupa barang keperluan daripada stok simpanan Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dijangka tiba melalui pesawat komersial di Padang kira-kira pada pukul 0300 GMT (11 malam waktu Malaysia) hari ini.

"Ini termasuk cadar plastik, kit kebersihan serta alat penjana kuasa dan semua ini akan diagihkan melalui Palang Merah," kata Kelly kepada pemberita.

Pusat Pemerintah Tentera AS di Pasifik (PACOM), telah menerbangkan dua buah pesawat pengangkutan tentera C-17 ke Padang, kawasan paling teruk terjejas dengan membawa bahan-bahan untuk keperluan hospital bagi merawat 400 pesakit setiap hari, katanya.

Menurut laman web PACOM, pihaknya menghantar satu pasukan pembedahan seramai tujuh orang merangkumi pakar-pakar pembedahan umum, pembedahan ortopedik, anesthesiology dan perubatan kecemasan.

Tambahnya, empat buah hospital di Padang telah musnah dengan dua buah daripadanya musnah teruk.

Kelly berkata, USS Denver, sebuah kapal bantuan dan helikopter yang akan terbang ke kawasan luar bandar yang paling teruk terjejas dijangka tiba di Padang Khamis ini. - AFP
Read More..

Durrah anak yang baik

DURRAH binti Abu Lahab adalah seorang anak yang baik. Abu Lahab adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Nama sebenar bapa saudaranya itu adalah Abdu al-Izzi bin Abdul Muthalib.

Abu Lahab sangat benci terhadap Nabi Muhammad. Abu Lahab adalah musuh Islam yang utama. Ibu Durrah bernama Arwa binti Harb. Ibunya juga tidak suka kepada ajaran Islam. Ibunya juga tidak suka kepada Nabi Muhammad.

Pernah berlaku satu peristiwa Arwa sengaja meletakkan duri-duri di atas jalan yang selalu dilalui oleh Nabi Muhammad. Walaupun begitu Nabi Muhammad tetap sabar dengan tindakan Arwa itu.

Arwa sememangnya wanita yang ingkar terhadap Islam. Dia sanggup menghabiskan harta bendanya demi menghapuskan Nabi Muhammad sehingga dia dipanggil oleh Allah dengan nama Hammalat al-Hathab yang bermakna pembawa kayu bakar.

Durrah membesar dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Dia sering melihat kekejaman yang dilakukan oleh bapanya terhadap orang Islam. Sikap angkuh kedua ibu bapanya menyaksikan bahawa keluarganya benar-benar mahu menghapuskan Islam.

Sikap angkuhnya terbukti apabila Nabi Muhammad mengajak Abu Labah beriman kepada Allah.

Abu Lahab berkata: "Sekiranya kata-kata Nabi Muhammad itu benar dan tidak salah, maka pada hari kiamat nanti saya akan tebus seluruh harta dan anak saya bagi menyelamatkan diri saya daripada seksaan api neraka".

Jangkaan Abu Lahab bagi menyelamatkan dirinya daripada seksaan api neraka semuanya meleset. Allah sudah berfirman dalam surah Asyura ayat 88 dan 89 yang bermaksud: Iaitu di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.

Ketika Durrah semakin membesar Allah memberi petunjuk kepada dirinya. Durrah juga sering mendengar kehebatan ajaran agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

"Saya percaya segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah benar. Islam adalah agama yang patut dianuti oleh orang yang ingin mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat," kata Durrah sendirian.

Walaupun harta kekayaan bapanya melimpah ruah, Durrah tidak termakan dengan kata-kata penghinaan bapanya terhadap Islam. Harta benda bapanya itu tidak dapat menghalang tekadnya untuk memeluk agama Islam. Akhirnya Durrah memeluk agama Islam semasa dia berada di kota Mekah. Selepas memeluk Islam, dia berhijrah ke Madinah.

Meninjau kepada kehidupan rumahtangganya, dia berkahwin dengan Naufal bin al-Haris. Hasil perkahwinan itu mereka dianugerahkan tiga anak iaitu Uqbh, al-Walid dan Abu Muslim.

Suaminya terbunuh semasa perang Badar dan tidak sempat memeluk Islam. Selepas kematian suaminya itu, Durrah berkahwin pula dengan Dihyah al-Kalbi.

Semasa di Madinah, Durrah mendapat tentangan daripada sekumpulan wanita yang sama-sama berhijrah ke Madinah.

Seorang wanita daripada Bani Zuraiq berkata kepada Durrah: "Awakkah anak Abu Lahab yang kejam itu?" Mengapa awak ikut kami berhijrah? Tidak ada faedahnya awak ikut kami berhijrah. Malah hijrah awak tidak mendatangkan manfaat bagi diri awak".

Lalu Durrah menjawab: "Saya berhijrah bagi mendekatkan diri saya kepada Allah. Awak tidak patut berkata begitu terhadap saya. Memang benar bapa saya jahat dan kejam terhadap orang Islam. Tetapi saya tidak seperti bapa saya".

Durrah agak sedih lalu meninggalkan wanita Bani Zuraiq itu. Kemudian dia berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia menceritakan segala apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad.

"Bertenanglah wahai Durrah," kata Nabi Muhammad.

Selepas Nabi Muhammad selesai mengerjakan sembahyang, baginda berkata kepada orang Islam yang berada di tempat itu: "Dengar sini semua. Saya tidak akan membenarkan keluarga saya diseksa atau disakiti oleh sesiapa. Kaum keluarga saya akan dapat syafaat daripada saya pada hari kiamat kelak".

Mendengar kata-kata Nabi Muhammad, wanita Bani Zuraiq itu menjadi insaf dan sedar atas kesilapannya menyinggung perasaan Durrah.

Wanita Bani Zuraiq itu pun berjumpa dengan Durrah dan berkata: "Wahai Durrah saya minta maaf di atas segala kekasaran bahasa yang saya ucapkan kepada awak tempoh hari. Saya sebenarnya tidak menyangka bahawa awak adalah seorang gadis yang berhati mulia. Awak tidak seperti Abu Lahab yang kejam itu. Maafkan saya".

Durrah menerima kata-kata wanita Zuraiq tersebut dan berkata: "Saya maafkan awak. Semoga persahabatan kita kekal dan diberkati Allah".

Sejarah Islam menyatakan bahawa, Durrah merupakan srikandi yang berbakat besar. Dia adalah seorang penyair daripada kalangan wanita Quraisy. Sepanjang hayatnya dia melaporkan sebanyak tiga buah hadis daripada Nabi Muhammad.

Selain itu, dia merupakan wanita yang pandai menghasilkan karya sastera. Durrah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 20 Hijrah.

Petikan daripada buku Bidadari Syurga terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Read More..

Padang : Operasi mencari dihentikan

Pasukan pencari dan penyelamat mengangkut mayat seorang mangsa gempa bumi di Kampung Tandikat di Pariaman dekat Padang, Sumatera. - AFP

PADANG 5 Okt. – Pasukan penyelamat hari ini menghentikan usaha mencari mangsa yang terselamat daripada runtuhan bangunan dan memberi tumpuan dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa yang terselamat di pekan-pekan dan kawasan pergunungan di Sumatera Barat yang dilanda gempa, meskipun terhalang oleh hujan lebat.

Ketua Agensi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Indonesia, Ignacio Leon berkata, selepas membuat pertimbangan daripada pengalaman sebelum ini, adalah sukar untuk menemui mereka yang masih hidup.

“Saya tidak bermaksud mematahkan semangat orang ramai tetapi fokus akan beralih dan kami kini menyokong usaha kerajaan untuk memberi tumpuan kepada membantu mangsa yang terselamat,’’ ujarnya.

Jumlah kematian akibat gempa bumi pada Rabu lalu di pulau Sumatera ini dijangka mencecah beribu-ribu orang setelah mereka yang hilang diisytiharkan terbunuh.

PBB melaporkan lebih 1,100 orang telah terbunuh, sementara kerajaan Indonesia meletakkan jumlah kematian sebanyak 603 orang.

Leon, bagaimanapun tidak secara mutlak memberitahu operasi mencari dan menyelamat dihentikan, tetapi beberapa pasukan mengesahkan beliau bermaksud begitu.

Ketua pasukan Penyelamat Bencana Jepun, Hiroaki Sano berkata, pegawai PBB dan kerajaan Indonesia telah berbincang dengan pasukan bantuan antarabangsa dan `bersetuju untuk tidak memberikan bantuan tambahan kepada operasi menyelamat dan mencari’.

“Kami telah tiba di kawasan bencana awal tetapi tidak berjaya menemui mangsa yang terselamat. Seratus jam pertama adalah masa yang paling kritikal.

“Pasukan mencari dan penyelamat antarabangsa telah menamatkan operasi dan bersiap sedia untuk kembali ke negara asal ekoran peluang untuk menemui mangsa yang terselamat semakin tipis.

“Mereka percaya kami patut menghentikan operasi mencari dan beralih kepada fasa pembangunan semula,” kata Sano.

Katanya, pasukan bantuan antarabangsa akan terus menyumbangkan makanan dan bantuan kemanusiaan.

Sementara itu, menteri kerajaan, Aburizal Bakrie berkata, sejumlah AS$600 juta (RM2 bilion) diperlukan untuk membaiki rumah, sekolah, masjid, jalan raya dan beberapa kemudahan infrastruktur lain yang rosak akibat bencana gempa bumi.

Hujan lebat sejak malam semalam dibimbangi mengundang berlakunya lebih banyak tanah runtuh yang akan menghalang penghantaran bantuan.

Sano berkata, hujan lebat tidak terlalu mengganggu operasi di bahagian bandar tetapi menyulitkan di kawasan luar bandar.

Agensi Geofizik dan Metrologi memberi amaran bahawa rantau ini akan berhadapan dengan tiupan angin kencang dan ribut dalam tempoh dua hari lagi.

“Penduduk yang tinggal di kawasan bukit perlu sentiasa berwaspada dengan potensi berlakunya kejadian tanah runtuh ekoran berlakunya hujan lebat,” kata jurucakap agensi tersebut, Hari Tirto.

Sehingga hari ini, masih tidak jelas berapa ramai mangsa yang masih tidak mendapatkan perlindungan tetapi lebih 88,000 rumah dan 285 sekolah telah musnah di 10 daerah yang terjejas akibat gempa.

Sebanyak 100,000 bangunan awam dan sejauh 31 kilometer jalan raya telah rosak.

Di Padang, beratus-ratus murid-murid mula menghadiri kelas hari ini yang diadakan di khemah-khemah sementara sebagai usaha pihak berkuasa untuk memulihkan keadaan. – AP
Read More..

Guru saman pengetua

KUANTAN 6 Okt. — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov. ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.

Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.
Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb. 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.

Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu. - Bernama

Read More..

Koleksi Soalan Penilaian

Koleksi muat turun ini adalah penemuan dari laman web lain dan dihimpunkan di sini. Jika ada 'broken link' harap dapat dimaklumkan.

_______________________________________________________

Soalan Penilaian Jawi



Read More..

Lain-lain Muat Turun

Koleksi muat turun ini adalah penemuan dari laman web lain dan dihimpunkan di sini. Jika ada 'broken link' harap dapat dimaklumkan.

_______________________________________________________

Matematik

Year 3 Maths WorksheetsMass
mass_set1
mass_set2
mass_set3
mass_set4
Year 3 Maths WorksheetsMoney
money_set1
money_set2
money_set5
money_set6

Year 3 Maths WorksheetsLength
length_set1
length_set2
length_set3

Year 3 Maths WorksheetsAddition
addition_set1
addition_set2
addition_set3

Year 3 Maths WorksheetsDivision
division_set1
division_set3
division_set4

Year 3 Maths WorksheetsSubtraction
subtraction_set1
subtraction_set2

Year 3 Maths WorksheetsNumbers to 100 000
number_set1
number_set2
number_set4

Year 3 Maths WorksheetsMultiplication
multiplication_set1
multiplication_set2
multiplication_set4
multiplication_set5
multiplication_set6

Year 3 Maths WorksheetsRevision
revision_set2
revision_set3
revision_set4
revision_set5
revision_set6
revision_set7
revision_set8
revision_set9
revision_set10




Read More..

Nota ICT

Koleksi muat turun ini adalah penemuan dari laman web lain dan dihimpunkan di sini. Jika ada 'broken link' harap dapat dimaklumkan.

_______________________________________________________

Nota TMK Tingkatan 4

_______________________________________________________

Tutorial ICT

Read More..

Muat Turun

Koleksi muat turun ini adalah penemuan dari laman web lain dan dihimpunkan di sini. Jika ada 'broken link' harap dapat dimaklumkan.

_______________________________________________________

Buku Pendidikan Islam KBSR

_______________________________________________________

Rancangan Pengajaran Tahunan

_______________________________________________________

Bahan Bantu Mengajar

______________________________________________________

Read More..
 
Laman Utama | Berita Semasa | Info | Muat Turun | Buku Pelawat |

Copyright © 2009 Aku Seorang Pendidik |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net